Gejala Keruntuhan Akhlak

 Gejala Keruntuhan Akhlak (E-Folio)

 


Pengenalan 

Remaja zaman sekarang sudah tidak boleh membezakan mana yang baik dan buruk. Disebabkan itu terdapat banyak kes atau masalah yang timbul dalam pembangunan diri remaja dalam beberapa tahun ini. Peningkatan kes dalam pembuangan bayi atau pelajar terlibat dalam jenayah dapat dilihat dalam beberapa tahun ini. Jadi mengapa perkara sebegini boleh terjadi? Jadi ini adalah pandangan kami terhadap beberapa gejala keruntuhan yang melibatkan remaja atau pelajar ipt pada zaman sekarang.



i. Penyalahgunaan Bahan Terlarang Dalam Kalangan Pelajar IPT.  


Faktor-faktor

FAKTOR PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG DALAM KALANGAN PELAJAR IPT ialah yang pertama daripada ibu bapa sendiri,ini kerana sifat manusia yang tersendiri tidak mahu berfikir panjang dan ingin mengambil jalan mudah.Sebagai contoh,mereka terdesak dan memilih untuk mengambil bahan terlara seperti dadah untuk memudahkan segala kerja seharian.Ini menyebabkan anak-anak terikut dan mudah terpengaruh dengan perangai ibu bapa serta turut mengambil bahan terlarang tanpa berfikir panjang perkara buruk yang akan terjadi tanpa mereka ketahui adalah otak mereka akan lemahuntuk berfungsi,pemikiran menjadi sonsang serta emosi tidak teratur menyebabkan mereka dibuang sekolah serta tiada hala tuju yang sebenar. Selain itu,ibu bapa juga boleh  mejadi punca anak-anak mengambil bahan terlarang seperti mereka terlalu memanjakan anak-anak sejak kecil dan menjadikan mereka naik lemak dan tidak berdisiplin,komunikasi serta kesibukan bekerja ibu bapa juga memyebabkan anak-anak rasa sunyi dan ingin mencuba sesuatu yang baharu akibat pengaruh rakan sebaya atau hanya untuk menagih perhatian dari keluarga sendiri.

Seterusnya ialah antara sebab lain remaja mengambil bahan terlarang,iaitu faktor dari rakan sebaya,rakan memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep diri,sikap dan gaya fikiran dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi.Namun sekirangan tersalah pilih kawan maka rosaklah remaja seperti kita perlulah bijak dalam memilih kawan seperti rakan yang cenderung dalam melakukan aktiviti yang harmoni dan tidak terjebak dalam perkara negetif serta elakkan diri daripada terjebak atau berkawan dengan rakan yang bermasalah di kampus atau sering melakukan aktiviti haram yang menjejaskan diri.

  yang terakhir ialah faktor daripada diri sendiri perkara ini sering terjadi kepada pelajar yang suka mencabar diri atau mencuba sesuatu benda baharu kerana sikap ingin tahu mereka inilah menyebabkan mereka merosakkan diri sendiri serta sikap yang mudah terpedaya dan sukar mengawal nafsu menjadi punca mereka terjebak dengan najids dadah ini serta perbuatan negetif yang lain sebagai contoh menghisap dadah,rogol,lumba haram,rasuah dan lain-lain.ini dapat menunnjukkan sikap ingin mencuba sesuatu baharu tanpa mencari maklumat sebenar menyebabkan mereka merosakkan diri sendiri. sebab lain pula,tekanan daripada pelajaran tau kerja rumah yang diberi oleh pensyarah yang terlalu banyak jugak menjadikan seseorang pelajar itu mengambil bahan terlarang kerana tidak mampu mengawal emosi serta mengambil jalan mudah menggunakan bahan terlarang sebagai penenang yang mujarab.

Kesimpulannya,sebagai seorang pelajarar,remaja anda perlulah sentiasa berwaspada lagi-lagi pada zaman yang semakin membangun ini,semakin membangun dunia semakin banyak bahan-bahan terlarang baru akan tercipta,Jadi elakkan diri daripada mengambil bahan terlarang kerana ia bukan sahaja memudaratkan diri bahkan maruah keluarga juga akan terjejas akibat mengambil langkah mudah ini.Ibu bapa juga haruslah memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak jangan disebabkan kesibukan bekerja nyawa anak tergadai akibat mengambil bahan terlarang ini.Jadi marilah kita bersama-sama mencegah dadah pada diri,keluarga,masyarakat dan negara tercinta.

 


 

 Kesan-kesan

Kesan-kesan penyalahgunaan bahan terlarang dari sudut psikologi:

Kesan kepada emosi-:
Di peringkat usia pelajar IPT,mereka akan mengalami konflik dan krisis mencari identiti dan kekeliruan. Jika ada segelintir  mahasiswa dan mahasiswi yang ketagih bahan terlarang ini akan menunjukkan perubahan emosi yang sangat jelas sama ada menjadi terlalu gembira,sering ketawa, berkelakuan aneh dan menjadi seorang pendiam. Apabila keinginan untuk mendapat dadah tidak dipenuhi,akan berlaku gangguan dan ketenteraman jiwa. Pengambilan bahan terlarang bukan sahaja merosakkan fizikal tetapi emosi juga boleh terhapus.

Kesan kepada sosial-:
Kegagalan menyedari peranan dan membentuk personaliti yang betul dan faktor tekanan psiko-sosial menyebabkan kalangan pelajar IPT sering terjebak dalam kegiatan dadah. Apabila mereka terjebak, mereka akan mula menjauhkan diri daripada keluarga dan rakan-rakan. Bukan itu sahaja,malah ia akan mendorong pelajar melakukan jenayah seperti mencuri/merompak sehingga menjejaskan ketenteraman masyarakat dan pelajar lain.

 

Cara mengatasi penyalahgunaan bahan terlarang:

Melalui Institusi Pelajaran Tinggi (IPT)
Di Malaysia,pelbaycara yang boleh dicontohi. Di institusi tinggi,setiap individu,pihak tertinggi institusi dan masyarakat perlu berkerjasama dan mempunyai peranan dalam pencegahan an penyalahgunaan bahan terlarang terutamanya kepada pelajar IPT dan matikan kawasan mereka bersih daripada bersih dari penyalahgunaan tersebut. Untuk membanteraskan isu penyalahgunaan ini ,pihak institusi perlu mengadakan aktiviti seperti ceramah,seminar,pameran dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada pelajar IPT. Dengan adanya bantuan tersebut,pelajar IPT dapat meningkatkan kesedaran gaya pemikiran dan bahayanya bahan terlarang ini.

 Melalui Diri Sendiri-:
Seorang pelajar IPT haruslah sentiasa dibimbang walaupun mereka tidak bersama ibubapa mereka supaya dapat membina identiti dan personaliti pada diri mereka. Dengan wujudnya kekuatan ini, setiap pelajar akan berjaya mencegah dirinya daripada gejala negatif ini. Sebagai seorang pelajar IPT, haruslah sentiasa mengawal diri sendiri terutama ketika bergaul dengan rakan-rakan sebaya.

 


 

 

 

 ii. Masalah pergaulan bebas antara pelajar lelaki dan perempuan di Politeknik Malaysia





Di dunia ini, Allah S. W. T telah menciptakan dua makhluk yang berbeza jantina iaitu lelaki dan perempuan serta Syariat untuk mereka patuhi. Dalam Syariat Islam ada sesetengah hukum atau peraturan yang berbeza di antara lelaki dan perempuan dan ada juga yang sama. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang melibatkan tugasan- tugasan sekolah ataupun tugasan- tugasan kerja, pasti akan berlakunya pergaulan di antara lelaki dan perempuan di dalam masyarakat kini.

Apa itu pergaulan bebas?
Pergaulan dalam bahasa Arab disebutkan ikhtilat yang berasal daripada kalimah “ khalata yakhlutu khaltan” yang bererti bercampur.

Melalui konteks ini, pergaulan (ikhtilat) bermaksud bergaul atau bercampur di antara lelaki dan perempuan ajnabi (yang bukan mahram ) di satu tempat yang berlaku interaksi dalam bentuk pandang- memandang atau perbuatan di antara seseorang dengan seseorang yang lain. Hal ini bermakna ia berlaku antara tiga orang atau lebih. Perkara ini berbeza dengan khalwat yang hanya terdiri daripada dua orang sahaja.

Walaubagaimanapun, mengikut pandangan para ulama yang lain, ikhtilat merupakan terminologi yang baru diperkenalkan dalam Islam dan membawa konotasi dan makna yang tidak sesuai dengan Islam. Istilah yang tepat ialah Liqa’ (pertemuan) atau musyarakah (penyertaan) di antara lelaki dan wanita. Ia sepatutnya berbunyi batas pertemuan atau penyertaan antara lelaki dan wanita


Allah memerintahkan kaum laki-laki dan kaum perempuan untuk menahan pandangan, sebagaimana Firman Allah :

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (30) وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” Katakanlah kepada perempuan yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya.” (QS. An-Nuur: 30-31)

Dua ayat di atas mengisyaratkan bahwa Allah memerintahkan laki-laki mukmin dan perempuan mukminah agar menahan pandangannya. Hakikat perintah ini mengandung hukum wajib. Lalu Allah menjelaskan bahwa yang demikian itu lebih suci dan lebih bersih bagi kehidupan mereka.

 


PUNCA / FAKTOR BERLAKUNYA PERGAULAN BEBAS


- Kurangnya perhatian dan didikan agama daripada ibu bapa terhadap anak mereka.
Apabila sesebuah keluarga telah terlepas pandang tentang perkembangan hidup anak mereka, maka bermulalah di saat itu seorang anak mencari perhatian dengan bergaul bersama- sama kawan yang dapat memahami masalah dan kehendak mereka. Maka apabila seseorang remaja perempuan berasakan rakan lelaki lebih memahami hidupnya dan memenuhi kehendaknya maka di situlah bermulanya pergaulan secara bebas di antara remaja perempuan itu dan lelaki itu tanpa memikirkan soal batasan dalam pergaulan mereka.

Punca-punca keruntuhan akhlak remaja ini ialah iman yang lemah. Agama merupakan ajaran bagi seseorang insan untuk berkelakuan baik. Punca yang paling asas dalam permasalahan keruntuhan akhlak ini adalah kelemahan iman dan kurangnya keyakinan terhadap Allah. Kurangnya kefahaman agama dan gambaran sebenar tentang syiar islam menyumbang kepada masalah sosial.  Sebagai contoh, remaja kini kurang menghormati orang tua dan selalunya melakukan perbuatan negatif di luar jangkaan. Ibu bapa seharusnya menerapkan nilai-nilai islam dan didikan agama kepada anak-anak sejak dari kecil lagi.

Pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial. Zaman sekarang, remaja mula terdedah kepada alam yang luas di luar rumah, malah persekitaran ini menjadi rumah kedua mereka. Remaja juga mempelajari banyak perkara daripada persekitaran sosial di mana ia membesar.

 Telah diriwayatkan oleh Ibnu Hibban yang berbunyi :
“ Manusia itu (diukur) atas kelakuan temannya, sebab itu hendaklah seseorang kamu meneliti siapa orangnya yang diambil menjadi teman”.
 Dan sabdanya yang lain:
“ Awas anda berkawan dengan kawan yang jahat, nanti anda jadi sama seperti dia”.

Pengaruh media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial dalam kalangan para remaja hari ini. Sebagai contoh, internet dapat mewujudkan satu perhubungan antara Negara-negara lain secara tidak langsung seseorang remaja terdedah kepada pengaruh kebudayaan luar Negara atau Negara asing. Selain itu, penapisan media yang kurang tegas. Contohnya, filem Negara asing yang mempunyai unsur-unsur ganas dan seksual. Jika tiada penapisan yang tegas dilaksanakan, maka masalah sosial seperti vandalisme dan gangsterisme akan berleluasa di Negara kita. Tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-program realiti televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata- mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan terdapat dengan mudah dipasaran sama ada dalam bentuk bercetak, CD, atau lain-lain.

Faktor yang boleh mengakibatkan berlakunya keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Proses urbanisasi iaitu kegiatan devian atau melencong dan keruntuhan moral di kalangan remaja juga berpunca daripada proses urbanisasi dan industri yang kita alami. Ini kerana kedua-dua proses itu mengendurkan kawalan sosial yang biasanya wujud dalam masyarakat tradisi kita. masyarakat bebas melakukan apa sahaja sesuka hati. Dalam masyarakat tradisi, hubungan antara anggota masyarakat begitu erat. Di dalam sebuah kampung misalnya, setiap orang saling mengenali, tolong menolong dan mengambil berat antara satu sama lain sehingga budaya ini meresap ke dalam jiwa setiap ahli kampung. Perhubungan ini secara tidak langsung menjadi suatu bentuk kawalan sosial yang dapat memelihara tingkah laku masyarakat. Perbuatan melanggar norma masyarakat kampung itu cuba dielakkan kerana bukan sekadar nama diri sendiri malah nama keluarga juga turut tercemar. Suatu masa dahulu, kempen remaja ‘rukun tetangga’ diadakan bagi menjaga keamanan di kawasan masing-masing. Tetapi malangnya, ramai yang menyalah gunakan kempen ini. Ada yang sekadar menandatangani buku kedatangan ataupun berborak dan bersembang kosong sehingga tiba masa pulang. Antara nilai yang dilihat dalam persekitaran proses urbanisasi dan industrialisasi adalah nilai individualistik dan materialistik yang menyebabkan setiap anggota masyarakat membawa diri masing-masing dan tiada masa mengambil tahu hal orang lain. Sikap individualistik ini menyebabkan tiada hubungan antara satu sama lain di dalam kawasan kediaman. Jika ada sekalipun adalah pada tahap minimum.

Hubungan kekeluargaan juga merupakan faktor yang dapat dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan remaja dalam jenayah. Remaja atau pelajar khususnya yang terlibat dengan jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang susah, malah sebilangan signifikan adalah mereka yang mempunyai latar belakang keluarga yang baik dan kaya. Dalam faktor sosial, peranan ibu bapa penting dalam mendidik anak-anak. Kebanyakan ibu bapa bekerja kerana wujudnya perubahan sosial hari ini. Ada kalanya mereka terlalu mementingkan pekerjaan daripada memberi perhatian kepada anak-anak. Mereka cuba memuaskan hati anak-anak dengan hanya memberikan keselesaan dan kemewahan kebendaan tanpa kasih sayang dan masa bersama anak-anak. Mereka lupa anak-anak juga memerlukan perhatian bagi mendapat maklumat dalam kehidupan seharian. Dari sini, anak-anak rasa terbiar tanpa kasih sayang dan jagaan yang sempurna. Mereka bercampur dengan rakan sebaya yang bermasalah dan akhirnya menimbulkan masalah disiplin kepada pihak sekolah. Terdapat juga ibu bapa yang tidak menghiraukan anak-anak walaupun pihak sekolah memberitahu mereka berkenaan masalah disiplin anak-anak di sekolah. Anak-anak ini meng-ambil peluang sikap tidak acuh ibu bapa mereka dengan bertindak lebih buruk lagi di dalam dan luar sekolah. Akhirnya, pihak polis terpaksa campur tangan dalam hal ini. Maka, tidak tepat apabila kita meletakkan masalah disiplin di atas bahu guru sahaja sedangkan ibu bapa melepaskan tangan dalam hal ini.

 

 



KESAN-KESAN PERGAULAN BEBAS DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK 

1.  Pembuangan bayi

Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjaminkan hubungan diluar tabi. Hal ini menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum berkahwin . Dalam situasi tersebut , remaja yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak berperikemanusian lalu meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat-tempat seperti tandas awam , tong sampah , tepi longkang dan sebagainya . Namun , ibu bapa tidaklah harus dipersalahkan secara seratus peratus  kerana semua masalah sebenarnya berpunca dari diri sendiri . Lemahnya , pegangan agama boleh membawa kepada lemahnya akidah dan menjadi sebab utama pergaulan bebas ini berlaku . Jika seseorang itu menjaga hubungannya dengan Allah , Allah akan menjaga hubungannya dengan orang sekeliling termasuklah ibu bapa , keluarga , masyarakat dan rakan-rakan .

 

2.  Peningkatan kes penguguran

Perlakuan seks bebas semakin menular dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam kalangan remaja yang tidak berfikiran matang . Pengguguran menyebabkan kesihatan wanita tersebut terjejas dan kemungkinan besar akan menghadapi masalah-masalah seperti kemandulan , jangkitan pada organ pembiakan dan kematian . Pengguguran juga akan mengakibatkan gangguan emosi dan mental seperti kemurungan , mempunyai rasa bersalah dan hilang keyakinan diri . Individu tersebut akan mengalami gangguan mental dan emosi tidak tenteram serta rasa bersalah .

 

3.  Ramai kalangan pelajar yang tidak berkahwin

Perkara ini berlaku kerana pergaulan bebas akan mewujudkan cara mudah untuk melepaskan nafsu syahwat . Justeru , para pemuda akan memilih cara mudah ini daripada berkahwin . Hal ini kerana mereka terikut dan terdedah dengan budaya barat yang melakukan perbuatan sedemikian di rancangan televisyen mahupun media social .

 

4.  Keruntuhan akhlak

Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja akibat daripada pergaulan bebas pelajar yang terlalu bebas , mereka mudah sahaja berkawan dengan individu-individu yang tidak dikenali . Para remaja masa ini amat terdedah kepada kumpulan-kumpulan yang tidak baik seperti penjenayah , gangster dan sebagainya . Hal ini menyebabkan golongan remaja ini berubah sikap dan kelakuan mereka . Terdapat ramai remaja yang terlibat dengan kumpulan yang tidak berfaedah ini sudah berani melawan kata ibu bapa mereka terutamanya apabila ditegur .

 

CARA-CARA MENGATASI MASALAH PERGAULAN BEBAS

 

1.  Memperkuatkan pendidikan agama dalam diri

Remaja yang mempunyai asas pendidikan agama dan moral yang kukuh tidak mudah akan jatuh ke dalam pergaulan bebas , kerana dia tahu dan dapat membezakan antara yang benar dan salah . Pendidikan agama dan moral dapat menguatkan iman seseorang . Jika sejak awal seseorang telah menawan tentang tanggapan yang betul dan salah , biasanya dia akan dapat mengelakkan pergaulan yang boleh menjerumuskan diri terhadap zina dan sebagainya ,

 

2.  Membentuk perbuatan yang positif

Pembentukan perlakuan yang positif penting sejak zaman kanak-kanak sangat diperlukan supaya dapat menjadi orang yang kuat dan mempunyai pendapat yang positif , sehingga mampu mengawal dirinya daripada terjebak dalam pergaulan bebas . Dengan berpegang pada prinsip kehidupan ini , ini adalah satu cara untuk mengelakkan pergaulan bebas antara remaja ini .

 

3.  Memilih rakan sebaya yang betul

Pemilihan rakan sebaya yang kurang sesuai akan memudahkan seseorang itu terjerumus ke dalam pergaulan bebas . Oleh sebab itu kita disarankan untuk memilih rakan sebaya dan mengenali hati budi serta perlakuan mereka yang sekiranya dapat memberikan pengaruh positif . Jika didapati , kawan yang kita itu terlalu banyak bersifat negetif , kita hendaklah menjauhkan diri atau mengajak mereka supaya berubah .

 

 

 

4.  Memperluaskan pengetahuan

Terdapat juga yang mengatakan bahawa pengetahuan adalah kuasa , yang bermakna pengetahuan adalah kuasa yang akan membuka pelbagai pandangan . Seseorang akan dengan mudah menentukan pilihan hidupnya kerana dia sudah tahu banyak tentang pelbagai pihak dan kesannya . Sebaliknya , jika seseorang mempunyai hanya beberapa pilihan , dia tidak harus memilih kehidupan pergaulan bebas .

 

5.  Menjaga tingkah laku

Berpasangan adalah sebahagian daripada kehidupan remaja , kerana pada usia ini mereka sudah mula mengembangkan minat terhadap jantina yang bertentangan . Keperluan untuk mengekalkan tingkah laku untuk mengelakkan pergaulan bebas . Mereka hendaklah mengetahui bahawa haram berpasangan yang melibatkan nafsu masing-masing seperti berpegangan tangan selagi belum sah menjadi suami isteri .

                                               


 

 

 

   iii. Gejala plagiat akademik yang berleluasa dalam kalangan pelajar. 




Untuk yang tidak tahu plagiat atau ciplak ini bermaksud ‘ perbuatan meniru atau mengutip sebahagian idea atau kesuluruhan karya orang lain tanpa meletakan kredit kepada penulis atau pembuat karya tersebut’. Di dalam bidang akademik, gejala plagiat di dalam kalangan pelajar, professor dan penyelidik dianggap penyelewangan akademik dan pesalah boleh dikenakan hukuman berat termasuklah digantung atau dibuat dari institusi masing-masing.

Pada zaman sekarang boleh dikatakan mudah untuk melakukan aktiviti plagiat ini melalui kaedah salin dan tampal sahaja teks yang dimahukan ke dalam tugasan yang diberikan. Kebanyakan pelajar berasa tertekan untuk menyiapkan kerja pada masa yang ditetapkan maka melalui kemudahan internet yang makin canggih sekarang pelajar boleh menciplak dengan mudah melalui kaedah salin dan tampal daripada teks atau blog yang terpampang apabila mereka menekan perncarian di laman web internet.

Kaedah- kaedah yang digunakan ini amat senang untuk dikesan oleh pensyarah kerana bukan hanya  seorang pelajar yang tahu akan kaedah salin dan tampal daripada teks di laman web. Paling terselah perbuatan plagiat ini apabila pelajar salin dan tampal dari web yang popular. Dalam kebanyakan institusi ijazah atau sijil akademik boleh dibatalkan sebagai hukuman kepada pelajar yang menciplak.

 

 

Pandangan Islam terhadap plagiarisme 


Sekiranya ditinjau tentang pemikiran bagi memelihara atau menjaga idea-idea yang dizahirkan dalam bentuk bahan, makai a sebenarnya bukanlah merupakan sesuatu yang baru dalam perundangan Islam atau Fiqh Islam. Antara ulamak-ulamak terdahulu yang telah membahaskan tentang permasalahan ini ialah al-Iman al-Qarafi di dalam Kitab al-Furuq, al-Imam Jalal al-Din al-Suyuti di dalam karangannya bertajuk al-Fariq bayna al-Musannif wa al-Sariq ( Arieff Salleh Rosman,2002)

 

Secara Kesimpulannya Perundangan Islam amat mengiktiraf hak milik peribadi dan menhargai pemiliknya, selama mana harta itu diperoleh dengan cara yang dibenarkan oleh Syarak. Perundangan Islam pada masa yang sama memberi amaran keras dengan menjanjikan azab yang pedih kepada sesiapa juga yang menzalimi hak orang lain.

 

 Surah An-Nisa’ ayat 29-30:


يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَأۡكُلُوٓاْ أَمۡوَٰلَكُم بَيۡنَكُم بِٱلۡبَٰطِلِ إِلَّآ أَن تَكُونَ تِجَٰرَةً عَن تَرَاضٖ مِّنكُمۡۚ وَلَا تَقۡتُلُوٓاْ أَنفُسَكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُمۡ رَحِيمٗا ٢٩  وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٰلِكَ عُدۡوَٰنٗا وَظُلۡمٗا فَسَوۡفَ نُصۡلِيهِ نَارٗاۚ وَكَانَ ذَٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرًا ٣٠

Maksunya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu (29) Dan barangsiapa berbuat demikian dengan melanggar hak dan aniaya, maka Kami kelak akan memasukkannya ke dalam neraka. Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah (30)

 

 

 

Faktor-faktor berlakunya plagiat 


1.       Kurang ilmu pengetahuan

Kurang pengetahuan dalam mencari maklumat tentang tugasan yang diberikan. Jika seseorang itu faham dan mempunyai pengetahuan tentang tajuk tugasan walaupun hanya sedikit sahaja dia akan menjadikan laman web di internet atau bahan contoh sebagai bahan rujukan. Bukannya meniru secara bulat-bulat hasil kerja pelajar atau orang lain. Jika mahu mengambil maklumat dari laman web atau buku ilmiah pelajar perlu fahamkan dan menyimpulkan dengan ayat mereka sendiri untuk mengelakan isu plagiat.

 

  2.   Tidak mempunyai masa yang mencukupi

Alasan ini selalu dikatan oleh pelajar apabila mereka tertangkap kerana perlakuan plagiat dalam tugasan kerja mereka. Bagi saya alas an ini tidak boleh diterima pakai kerana sudah semestinya pensyarah akan memberi masa yang cukup dengan tugasan yang diberikan. Seterusnya sifat ambil mudah dan tidak peduli dengan tugasan kerja dan prestasi akademik. Jika pesyarah sudah memberi masa yang cukup dan pelajar mengambil mudah dan menyiapkan pada masa akhir atau sehari sebelum tugasan perlu dihantar.

 

3. Kurang kesedaran tentang plagiarisme

Sejujurnya saya dahulu juga tidak berapa tahu tentang isu ini tapi apabila terdapat beberapa kes plagiat yang terjadi di sekolah saya mula menyedari bahawa isu ini adalah salah satu kesilapan besar yang boleh dikenakan tindakan disiplin. Jadi apabila saya menyedari tentang ini saya jadi lebih berhati hati dalam memilih ayar untuk tugasan saya supaya tiada isu plagiat yang akan timbul dalam tugasan kerja saya. Kesimpulannya jika pengetahuan tentang plagiarisme ini disebarkan dalam kalangan pelajar, sudah semestinya stastistik plagiat dalam kalangan pelajar akan berkurang



 

Cara-cara untuk mengelakan isu plagiat di dalam kalangan pelajar.

 

          1 .  Pada awal semester perlulah didedahkan tentang isu plagiarisme dan menerangkan tentang tindakan disiplin yang akan dikenakan jika seseorang pelajar ditangkap melakukan plagiat di dalam tugasan kerja mereka.

 2. Berjanji dalam diri untuk sentiasa menyiapkan tugasan kerja tanpa mencuri isi kandungan di dalam laman web atau milik pelajar lain. Sebaliknya menjadikannya sebagai bahan rujukan untuk melancarkan proses menyiapkan tugasan kerja.

       3.Meletakkan syarat kepada pelajar untuk menyerahkan tugasan Bersama draf tulisan ataupun plan idea tentang tugasan yang dilakukan. Jadi pensyarah tahu pelajar telah menggunakan bahan rujukan sebagai bahan untuk memudahkan proses tugasan. Bukannya menirunya bulat bulat.

 

 

PENGAJIAN TERTANGGUH GARA-GARA PLAGIAT | PERSATUAN PEGAWAI AKADEMIK UPM 

 

Rujukan:

 http://bicarakaunselorsarawak.blogspot.com/2015/03/kenali-dan-fahami-penyalahgunaan-bahan.html?m=1

Kamus dewan bahasa

Surah An-Nisa (Al-Quran)

 


Comments